Orang yang paling awal menuruti aku dari kalangan ahli keluargaku adalah kamu wahai Fatimah

TEKS BAHASA ARAB

أول من يلحقني من أهلي أنت يا فاطمة وأول من يلحقني من أزواجي زينب، وهي أطولهن كفا

TEKS BAHASA MALAYSIA

Orang yang paling awal menuruti aku dari kalangan ahli keluargaku adalah kamu wahai Fatimah. Orang yang paling awal menuruti aku dari kalangan isteriku adalah Zainab. Dia adalah orang yang paling pemurah.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 904, hadis nombor 4633. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن واثلة بن الأسقع قال، قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: أول من يلحقني من أهلي أنت يا فاطمة وأول من يلحقني من أزواجي زينب وهي أطولهن كفا. [ابن عساكر, الضعيفة (7133)]

(Lemah) Daripada Wathilah bin Al-Asqa’ RA, beliau berkata bahawa Nabi SAW bersabda: Orang yang paling awal menuruti aku dari kalangan ahli keluargaku adalah kamu wahai Fatimah. Orang yang paling awal menuruti aku dari kalangan isteriku adalah Zainab. Dia adalah orang yang paling pemurah. [Ibn ‘Asakir, Al-Dha’ifah no 7133].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.