Orang yang monopoli dan bunuh diri akan dikumpulkan dalam neraka jahanam pada darjat yang sama

TEKS BAHASA ARAB

يحشر الحكارون وقتلة الأنفس إلى جهنم في درجة واحدة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Orang yang melakukan monopoli (iaitu menyimpan barang makanan asasi, menunggu harga naik lalu menjual dengan harga berlipat kali ganda) dan yang membunuh diri akan dikumpulkan ke dalam neraka jahanam pada darjat yang sama.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1361, hadis nombor 6940. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن أبي هريرة رضي اللع عنه، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: يحشر الحكارون وقتلة الأنفس إلى جهنم في درجة واحدة.
[عد، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (5336)]

(Lemah)
Daripada Abu Hurairah RA telah berkata: Rasulullah SAW bersabda: Orang yang melakukan monopoli (iaitu menyimpan barang makanan asasi, menunggu harga naik lalu menjual dengan harga berlipat kali ganda) dan yang membunuh diri akan dikumpulkan ke dalam neraka jahanam pada darjat yang sama.
[Riwayat Ibn 'Adi dalam al-Kamil fi al-Du'afa' dan Ibn 'Asakir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5336]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs