Orang yang merampas, merompak atau mengarahkan rompakan bukan daripada kalangan kami

TEKS BAHASA ARAB

ليس منا من انتهب أو سلب أو أشار بالسلب

TEKS BAHASA MALAYSIA

Orang yang merampas, merompak atau mengarahkan rompakan bukan daripada kalangan kami.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1013, hadis nombor 5212. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن ابن عباس رضي الله عنهما مرفوعا: ليس منا من انتهب أو سلب أو أشار بالسلب. [طب, ك. الضياء في الأحاديث المختارة, الضعيفة (5239)]

(Lemah) Daripada Ibn ‘Abbas RA, beliau meriwayatkan secara marfu’: Orang yang merampas, merompak atau mengarahkan rompakan bukan daripada kalangan kami. [Al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir, al-Hakim dalam al-Mustadrak, al-Dhiyaa dalam al-Ahadis al-Mukhtarah, al-Dhaifah, no. 5239].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs