Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
ليس منا مَن انْتَهَبَ أو سَلَبَ أو أشار بالسَّلَبِ
Teks Bahasa Melayu
Orang yang merampas, merompak atau mengarahkan rompakan bukan daripada kalangan kami.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1013, hadis no. 5212. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن ابن عباس رضي الله عنهما مرفوعا: ليس منا من انتهب أو سلب أو أشار بالسلب. [طب, ك. الضياء في الأحاديث المختارة, الضعيفة (5239)]
(Lemah) Daripada Ibn ‘Abbas RA, beliau meriwayatkan secara marfu’: Orang yang merampas, merompak atau mengarahkan rompakan bukan daripada kalangan kami. [Al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir, al-Hakim dalam al-Mustadrak, al-Dhiyaa dalam al-Ahadis al-Mukhtarah, al-Dhaifah, no. 5239].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman