Orang yang menyuruh perkara makruf sama seperti orang yang melakukannya

TEKS BAHASA ARAB

الآمر بالمعروف كفاعله.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Orang yang menyuruh kepada perkara makruf (kebaikan) sama seperti orang yang melakukannya.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1295, hadis nombor 6625. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن عبد الله بن جراد قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم :الآمر بالمعروف كفاعله.
[فر، ((الضعيفة)) (7148)].

(Palsu)
Daripada ‘Abdillah bin Jarrad, katanya: Rasulullah SAW bersabda: Orang yang menyuruh kepada perkara makruf (kebaikan) sama seperti orang yang melakukannya.
[Riwayat al-Dailami dalam al-Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 7148].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.