Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
الآمِرُ بالمعروفِ كفاعِلِهِ.
Teks Bahasa Melayu
Orang yang menyuruh kepada perkara makruf (kebaikan) sama seperti orang yang melakukannya.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1295, hadis no. 6625. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن عبد الله بن جراد قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم :الآمر بالمعروف كفاعله. [فر، ((الضعيفة)) (7148)].
(Palsu) Daripada 'Abdillah bin Jarrad, katanya: Rasulullah SAW bersabda: Orang yang menyuruh kepada perkara makruf (kebaikan) sama seperti orang yang melakukannya. [Riwayat al-Dailami dalam al-Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 7148].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman