Orang yang menyibukkan diri dengan urusan Allah di dunia

TEKS BAHASA ARAB

أهل شغل الله في الدنيا هم أهل شغل الله في الآخرة، وأهل شغل أنفسهم في الدنيا هم أهل شغل أنفسهم في الآخرة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Orang yang menyibukkan diri dengan urusan Allah di dunia, mereka akan disibukkan dengan urusan Allah di akhirat nanti. Orang yang menyibukkan diri dengan urusan dirinya di dunia, mereka akan disibukkan dengan urusan dirinya sendiri di akhirat nanti.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1810, hadis nombor 9127. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أبي هريرة -رضي الله عنه- مرفوعا: أهل شغل الله في الدنيا هم أهل شغل الله في الآخرة، وأهل شغل أنفسهم في الدنيا هم أهل شغل أنفسهم في الآخرة. [ فر، ((الضعيفة))(2483)]

(Palsu) Daripada Abu Hurairah RA berkata, Nabi SAW bersabda: “Orang yang menyibukkan diri dengan urusan Allah di dunia, mereka akan disibukkan dengan urusan Allah di akhirat nanti. Orang yang menyibukkan diri dengan urusan dirinya di dunia, mereka akan disibukkan dengan urusan dirinya sendiri di akhirat nanti.” [Riwayat al-Dailami dalam Musnad al-Firdaus. Lihat Silsilah al-Dhaifah no.2483]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs