Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
النادمُ ينتظرُ من اللهِ الرحمةَ، والمعجَبُ ينتظرُ المقتَ، واعلموا عبادَ اللهِ أنَّ كلَّ عاملٍ سيقدمُ على عملِه، ولا يخرج من الدنيا حتى يرى حُسنَ عملِه وسُوء عملِه، وإنما الأعمالُ بخواتيمها، والليلُ والنهارُ مطيَّتانِ، فأَحسِنوا السيرَ عليهما إلى الآخرةِ، واحذَروا التسويفَ، فإنَّ الموتَ يأتي بغتةً، ولا يغترنّ أحدُكم بحِلم اللهِ عزَّ وجلَّ، فإنَّ الجنَّةَ والنَّارَ أقربُ إلى أحدِكم من شِراك نعلِه ثم قرأ رسولُ الله: ( فَمَنْ يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ خَيْرًا يَرَهُ وَمَنْ يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ شَرًّا يَرَهُ )
Teks Bahasa Melayu
Orang yang menyesal itu menantikan rahmat daripada Allah SWT, manakala orang yang berasa ujub itu menantikan kebencian. Ketahuilah wahai hamba-hamba Allah SWT, sesungguhnya setiap yang beramal itu akan dihadapkan kepada amalannya. Dia tidak keluar daripada dunia sehinggalah dia akan melihat baik dan buruk amalannya, dan sesungguhnya setiap amalan itu berdasarkan penghujungnya. Malam dan siang itu silih berganti, maka berbuat baiklah dalam melaluinya sehingga ke hari akhirat. Jauhilah bertangguh-tangguh, kerana kematian itu akan datang secara mengejut. Janganlah salah seorang kamu bersikap leka dengan sifat kelembutan Allah ‘Azza Wa Jalla. Sesungguhnya syurga dan neraka itu lebih dekat dengan kamu daripada tali seliparnya.” Kemudian Rasulullah SAW telah membaca: {Sesiapa yang beramal dengan kebaikan sebesar zarah, dia pasti akan melihatnya. Dan sesiapa yang beramal dengan kejahatan sebesar zarah, dia pasti akan melihatnya}. [al-Zalzalah ayat 7]}
Sahabat Perawi
- Ibn ‘Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 103, hadis no. 535. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن ابن عباس -رضي الله عنهما-، قال: قال رسول الله -صلى الله عليه وسلم-: النادم ينتظر من الله الرحمة، والمعجب ينتظر المقت، واعملوا عباد الله! أن كل عامل سيقدم على عمله، ولا يخرج من الدنيا حتى يرى حسن عمله وسوء عمله، وإنما الأعمال بخواتيمها، والليل والنهار مطيتان، فأحسنوا السير عليهما إلى الآخرة، واحذروا التسويف؛ فإن الموت يأتي بغتة، ولا يغترن أحدكم بحلم الله -عز وجل-؛ فإن الجنة والنار أقرب إلى أحدكم من شراك نعله. ثم قرأ رسول الله -صلى الله عليه وسلم-: {فمن يعمل مثقال ذرة خيراً يره. ومن يعمل مثقال ذرة شراً يره}. [الأصبهاني، ((الضعيفة)) (5257)]
(Daif) Daripada Ibn ‘Abbās RA secara marfū’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Orang yang menyesal itu menantikan rahmat daripada Allah SWT, manakala orang yang berasa ujub itu menantikan kebencian. Ketahuilah wahai hamba-hamba Allah SWT, sesungguhnya setiap yang beramal itu akan dihadapkan kepada amalannya. Dia tidak keluar daripada dunia sehinggalah dia akan melihat baik dan buruk amalannya, dan sesungguhnya setiap amalan itu berdasarkan penghujungnya. Malam dan siang itu silih berganti, maka berbuat baiklah dalam melaluinya sehingga ke hari akhirat. Jauhilah bertangguh-tangguh, kerana kematian itu akan datang secara mengejut. Janganlah salah seorang kamu bersikap leka dengan sifat kelembutan Allah ‘Azza Wa Jalla. Sesungguhnya syurga dan neraka itu lebih dekat dengan kamu daripada tali seliparnya.” Kemudian Rasulullah SAW telah membaca: {Sesiapa yang beramal dengan kebaikan sebesar zarah, dia pasti akan melihatnya. Dan sesiapa yang beramal dengan kejahatan sebesar zarah, dia pasti akan melihatnya}. [al-Zalzalah ayat 7]}. [Riwayat al-Aṣbahānī dalam al-Targhīb. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5257]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman