TEKS BAHASA ARAB
كاتم العلم يلعنه كل شيء حتى الحوت في البحر والطير في السماء.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Orang yang menyembunyikan ilmu akan dilaknat oleh semua perkara hinggakan ikan di laut dan burung di langit.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr, di halaman 62, hadis nombor 346. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
Dalam sanadnya terdapat pendusta, maka hadith tersebut palsu. Ibn al-Jawzi telah terkeliru kerana memasukkannya ke dalam kitab al-Wahiyat.
RUJUKAN
Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr(2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.