Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
كاتِمُ الْعِلْمِ يَلْعَنُهُ كُلُّ شَيْءٍ حَتَّى الحُوتُ فِي الْبَحْرِ وَالطَّيْرُ فِي السَّمَاءِ.
Teks Bahasa Melayu
Orang yang menyembunyikan ilmu akan dilaknat oleh semua perkara hinggakan ikan di laut dan burung di langit.
Sahabat Perawi
- Abu Sa'id al-Khudri RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin al-Siddiq al-Ghumari (m. 1380H) dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul al-Mughir ‘ala al-Ahadith al-Mawdu‘ah fi al-Jami‘ al-Saghir, di halaman 62, hadis no. 346. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
Dalam sanadnya terdapat pendusta, maka hadith tersebut palsu. Ibn al-Jawzi telah terkeliru kerana memasukkannya ke dalam kitab al-Wahiyat.
Rujukan
Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr (2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.
Makluman