Terlalu Daif

30/06/2024

minit bacaan



Orang yang menyambung tali persaudaraan kerana Allah, ditingkatkan darjatnya di dalam syurga

Teks Bahasa Arab

مَا أَحْدَثَ عبدٌ أَخاً فِي الله؛ إلاَّ أَحْدَثَ الله لَهُ دَرَجَةً فِي الجَنَّةِ.

Teks Bahasa Melayu

Tidaklah seseorang itu memperbaharui (menyambung) tali persaudaraan kerana Allah, melainkan Allah akan memperbaharui (meningkatkan) darjatnya di dalam syurga.

Sahabat Perawi

  1. Anas bin Malik RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Terlalu Daif

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 81, hadis no. 400. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن أنس - رضي الله عنه - رفعه: ((ما أحدث عبد أخاً في الله؛ إلا أحدث الله له درجة في الجنة)). [فر، ((الضعيفة)) (4412)].

(Terlalu Daif) Daripada Anas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): ((Tidaklah seseorang itu memperbaharui (menyambung) tali persaudaraan kerana Allah, melainkan Allah akan memperbaharui (meningkatkan) darjatnya di dalam syurga.)) [Riwayat al-Daylami dalam Musnad al-Firdaus. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.4412].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.