Orang yang menyakiti jirannya tidak boleh bersama kami pada hari ini

TEKS BAHASA ARAB

لا يصحبنا اليوم من آذى جاره. فقال رجل من القوم: أنا بلت في أصل حائط جاري. فقال: لا تصحبنا اليوم

TEKS BAHASA MALAYSIA

Orang yang menyakiti jirannya tidak boleh bersama kami pada hari ini. Maka seorang lelaki telah berkata: Aku telah membuang air kecil di dinding hadapan kepunyaan jiran saya. Baginda SAW bersabda: Jangan kamu bersama kami hari ini.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1013, hadis nombor 5216. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن عبدالله بن عمر رضي الله عنهما قال: خرج رسول الله ﷺ في غزاة قال: لا يصحبنا اليوم من آذى جاره. فقال رجل من القوم: أنا بلت في أصل حائط جاري. فقال: لا تصحبنا اليوم [طس, الضعيفة (5274)]

(Munkar) Daripada Abdullah bin ‘Umar RA, beliau berkata: Rasulullah SAW telah keluar menyertai satu peperangan lalu Baginda bersabda: Orang yang menyakiti jirannya tidak boleh bersama kami pada hari ini. Maka seorang lelaki telah berkata: Aku telah membuang air kecil di dinding hadapan kepunyaan jiran saya. Baginda SAW bersabda: Jangan kamu bersama kami hari ini. [Al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat, al-Dha’ifah no. 5274].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.