Orang yang menuduh seseorang kafir zimmi akan dihukum pada hari kiamat dengan cemeti daripada neraka

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

من قذف ذمياً حد له يوم القيامة بسياط من نار.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang menuduh seseorang kafir zimmi, dia akan dihukum pada hari kiamat dengan menggunakan cemeti daripada neraka.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1341 – 1342, hadis nombor 6856. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن واثلة رضي الله عنه مرفوعاً: من قذف ذمياً حد له يوم القيامة بسياط من نار. فقلت لمكحول: ما أشد ما يقال؟ قال: يقال له: يا ابن الكافر!.
[طب، عد، ((الضعيفة)) (4130)]

(Palsu)
Daripada Wathilah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesiapa yang menuduh seseorang kafir zimmi, dia akan dihukum pada hari kiamat dengan menggunakan cemeti daripada neraka. Aku pun berkata kepada Makhul: Apakah perkataan yang paling berat yang dikatakan? Dia berkata: Dikatakan kepadanya: Wahai anak orang kafir.
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Kabir dan Ibn 'Adi dalam al-Kamil fi al-Du'afa'. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4130]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.