Munkar

30/06/2024

minit bacaan



Orang yang menjadi mangsa pencuri berada dalam dakwaan dari orang yang berlepas diri daripadanya

Teks Bahasa Arab

لا يَزالُ المسروقُ منه في تِهْمَةٍ ممن هو بَرِيءٌ منه حتى يكونَ أعظمَ جُرْمًا من السارقِ

Teks Bahasa Melayu

Orang yang menjadi mangsa pencuri berada dalam dakwaan dari orang yang berlepas diri daripadanya sehingga dia menjadi lebih besar kesalahannya dari yang mencuri.

Sahabat Perawi

  1. ‘Aishah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Munkar

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 785, hadis no. 4031. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن عائشة قالت: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: لا يزال المسروق منه في ‌تهمة ‌ممن هو بريء منه حتى يكون أعظم جرما من السارق. [هب، ((الضعيفة)) (2365)]

(Munkar) Daripada Aisyah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Orang yang menjadi mangsa pencuri berada dalam dakwaan dari orang yang berlepas diri daripadanya sehingga dia menjadi lebih besar kesalahannya dari yang mencuri.” [Riwayat al-Baihaqi dalam Syu'ab al-Iman. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 2365]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.