Classification icon

Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Orang yang menjadi imam

Teks Bahasa Arab

حَدِيث: يؤم الْقَوْم أحْسنهم وَجها.

Teks Bahasa Melayu

Hadis: Orang yang menjadi imam adalah yang paling tampan wajahnya.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 230, hadis no. 739. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

قال علي قاري: موضوع، كما في اللآلئ، مع أنه ليس على إطلاقه.

Ali Qari berkata: Palsu sebagaimana dalam al-Laali di samping ia tidak secara mutlak.

Rujukan

Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.