Orang yang menjadi imam bagi Isa bin Maryam di dalam solatnya adalah daripada golongan kami

TEKS BAHASA ARAB

 مِنَّا الَّذِي يُصَلِّي عِيسَى ابْنُ مَرْيَمَ خَلْفَهُ

TEKS BAHASA MALAYSIA

Orang yang menjadi imam bagi Isa bin Maryam di dalam solatnya adalah daripada golongan kami.

STATUS

Sanad ini tidak boleh dijadikan hujah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Seperti yang dinukilkan dalam terjemahan Kitab Al-Manar Al-Munif, kata Ibn Qayyim Al-Jawziyyah رحمه الله:

Abu Nu’aim berkata: Abul Faraj al-Asbahani telah menceritakan kepada kami, Ahmad bin Hussain telah menceritakan kepada kami, Abu Ja’far bin Thoriq telah menceritakan kepada kami, daripada al-Khalil bin Latif daripada Abu Nadhrah, daripada Abu Sa’id berkata: Sabda Rasulullah SAW:
“Orang yang menjadi imam bagi Isa bin Maryam di dalam solatnya adalah daripada golongan kami, dan baginda bersabda: ‘Bukankah, Sesungguhnya sebahagian daripada mereka adalah pemimpin bagi sebahagian yang lain, sebagai kemuliaan yang Allah berikan kepada umat ini?
Sanad ini tidak boleh dijadikan hujah, tetapi ia terdapat di dalam Sahih Ibnu Hibban daripada hadis ‘Athiyah bin ‘Amir dan seumpamanya.

RUJUKAN

  1. Ibn Qayyim Al-Jawziyyah. Al-Manār Al-Munīf Fī Al-Ṣaḥīḥ Wal-Ḍa‘Īf. Ditahqiq oleh ‘Abd Al-Fattāḥ Abu Ghuddah. Ḥalab: Maktabah Al-Maṭbū‘ah Al-Islāmiyyah, 1970.
  2. Ibnu Qayyim Al-Jauziyah. Kenali Hadis Sahih Dhoif Palsu. Disunting oleh Solehah Abu Bakar. Selangor: Kemilau Publika, 2015.
 MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan seorang penaja yang menaja Projek Al-Manar Al-Munif yang dijalankan oleh Semakhadis.com. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan buat penaja tersebut dan warga tim semakhadis.com. Aamiin! Mohon maklumkan kepada admin@semakhadis.com sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

beacon