TEKS BAHASA ARAB
حديث: ناكح اليد ملعون.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Hadith: “Orang yang menikah dengan tangannya adalah terlaknat.”
STATUS
Tiada asalnya
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 211, hadis nombor 670. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
حَدِيث: ناكح الْيَد مَلْعُون. لَا أصل لَهُ ، كَمَا صرح بِهِ الرهاوي فِي حَاشِيَته على الْمنَار.
Hadith: “Orang yang menikah dengan tangannya (melakukan onani) adalah terlaknat.” Tiada asalnya, sebagaimana penegasan al-Rahawi dalam catatan komentarnya terhadap kitab al-Manar.
RUJUKAN
Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.