TEKS BAHASA ARAB
حديث: المغتاب والمستمع شريكان في الإثم.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Hadith: “Orang yang mengumpat dan orang yang mendengar sama-sama berkongsi dosa".
STATUS
Tidak diketahui asalnya.
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 171, hadis nombor 516. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
حَدِيث: المغتاب والمستمع شريكان فِي الْإِثْم. لم يعرف لَهُ أصل فِي المبنى، وَله شَوَاهِد صَحِيحَة فِي الْمَعْنى.
Hadith: “Orang yang mengumpat dan orang yang mendengar sama-sama berkongsi dosa".
Tidak diketahui asal lafaz seperti ini, akan tetapi ada riwayat sokongan yang sahih dari sudut maksudnya.
RUJUKAN
Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.