Bukan hadis
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
الْمُغْتَابُ وَالْمُسْتَمِعُ شَرِيكَانِ فِي الإِثْمِ.
Teks Bahasa Melayu
Orang yang mengumpat dan orang yang mendengar sama-sama berkongsi dosa.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H)
Status
Bukan hadis
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 85, hadis no. 389. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
Tidak diketahui dengan lafaz seperti ini sekalipun dimasukkan dalam al-Ihya', namun ada hadith yang diriwayatkan bahawa Baginda SAW melarang mengumpat dan juga mendengar umpatan.
Rujukan
Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.
Makluman