Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
ذاكِرُ اللهِ في رمضانَ مغفورٌ له، وسائِلُ اللهِ فيه لا يَخِيبُ.
Teks Bahasa Melayu
Orang yang mengingati Allah pada bulan Ramadhan akan mendapat keampunan untuknya dan orang yang meminta kepada Allah dalam bulan Ramadhan tidak akan kecewa.
Sahabat Perawi
- Umar bin al-Khattab RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1463, hadis no. 7445. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن عمر بن الخطاب - رضي الله عنه - مرفوعاً: ((ذاكر الله في رمضان مغفور له، وسائل الله فيه لا يخيب)). [طس، الأصبهاني، ((الضعيفة)) (3621)]
(Palsu) Daripada Umar bin al-Khattab RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Orang yang mengingati Allah pada bulan Ramadhan akan mendapat keampunan untuknya dan orang yang meminta kepada Allah dalam bulan Ramadhan tidak akan kecewa. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Awsat, al-Asbahani. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3621]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman