Orang yang mengingati Allah pada bulan Ramadan

TEKS BAHASA ARAB

ذاكر الله في رمضان مغفور له، وسائل الله فيه لا يخيب.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Orang yang mengingati Allah pada bulan Ramadan akan diampunkan dan orang yang meminta kepada-Nya tidak akan dikecewakan.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1838, hadis nombor 9269. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن عمر بن الخطاب -رضي الله عنه- مرفوعا: ذاكر الله في رمضان مغفور له، وسائل الله فيه لا يخيب. [طس، الأصبهاني، (الضعيفة) (3621)].

(Palsu) Daripada Umar bin al-Khattab RA berkata, Nabi SAW bersabda: "Orang yang mengingati Allah pada bulan Ramadan akan diampunkan dan orang yang meminta kepada-Nya tidak akan dikecewakan." [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat, al-Asbahani. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 3621]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs