Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
ذاكِرُ اللهِ في رمضانَ مغفورٌ له، وسائِلُ اللهِ فيه لا يَخِيبُ.
Teks Bahasa Melayu
Orang yang mengingati Allah pada bulan Ramadan akan diampunkan dan orang yang meminta kepada-Nya tidak akan dikecewakan.
Sahabat Perawi
- Umar bin al-Khattab RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1838, hadis no. 9269. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن عمر بن الخطاب -رضي الله عنه- مرفوعا: ذاكر الله في رمضان مغفور له، وسائل الله فيه لا يخيب. [طس، الأصبهاني، (الضعيفة) (3621)].
(Palsu) Daripada Umar bin al-Khattab RA berkata, Nabi SAW bersabda: "Orang yang mengingati Allah pada bulan Ramadan akan diampunkan dan orang yang meminta kepada-Nya tidak akan dikecewakan." [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat, al-Asbahani. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 3621]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman