Sangat lemah

30/06/2024

minit bacaan



Orang yang mengingati Allah berada dalam lingkungan orang-orang lalai adalah penyabar

Teks Bahasa Arab

ذاكرُ اللهِ في الغافلينَ بمنزله الصَّابرِ في الفارِّينَ.

Teks Bahasa Melayu

Orang yang mengingati Allah berada dalam lingkungan orang-orang lalai seperti kedudukan orang yang sabar (berperang) berada dalam lingkungan orang-orang yang lari (dalam peperangan).

Sahabat Perawi

  1. Abdullah bin Mas'ud RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Sangat lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1408, hadis no. 7145. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن ابن مسعود رضي الله عنه مرفوعا: ذاكر الله في الغافلين؛ بمنزلة الصابر في الفارين. [طب، حل، ((الضعيفة)) (672)]

(Sangat lemah) Daripada Ibn Mas'ud RA secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW): Orang yang mengingati Allah yang berada dalam lingkungan orang-orang lalai seperti kedudukan orang yang sabar (berperang) berada dalam lingkungan orang-orang yang lari (dalam peperangan). [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Kabir dan Abu Nu'aim dalam Hilyah al-Awliya'. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 672]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.