Sangat lemah

30/06/2024

minit bacaan



Orang yang menghalang pembicaraan daripada ahlinya

Teks Bahasa Arab

مانعُ الحديثِ أَهْلَهُ؛ كمحدِّثِهِ غيرَ أَهْلِهِ.

Teks Bahasa Melayu

Orang yang menghalang pembicaraan daripada ahlinya sama (dosanya) seperti orang yang berbicara pada bidang yang bukan ahlinya.

Sahabat Perawi

  1. Abdullah bin Mas'ud RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Sangat lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1276, hadis no. 6539. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن ابن مسعود رضي الله عنه رفعه: مانع الحديث أهله؛ كمحدثه غير أهله. [فر، ((الضعيفة)) (4498)]

(Sangat Lemah) Daripada Ibn Mas'ud RA, beliau meriwayatkannya secara marfu': Orang yang menghalang pembicaraan daripada ahlinya sama (dosanya) seperti orang yang berbicara pada bidang yang bukan ahlinya. [Riwayat al-Dailami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4498]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.