Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Orang yang menghafal al-Qur'an adalah ketua dalam kalangan penduduk syurga pada hari Kiamat

Teks Bahasa Arab

حَمَلَةُ القرآنِ عُرفاءُ أهلِ الجنة يوم القيامة.

Teks Bahasa Melayu

Orang yang menghafal al-Qur'an adalah ketua dalam kalangan penduduk syurga pada hari Kiamat.

Sahabat Perawi

  1. Al-Husain bin 'Ali RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1457, hadis no. 7414. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن الحسين بن علي - رضي الله عنه - مرفوعاً: ((حملة القرآن عرفاء أهل الجنة يوم القيامة)). [طب، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (3497)]

(Lemah) Daripada al-Husain bin 'Ali RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Orang yang menghafal al-Qur'an adalah ketua dalam kalangan penduduk syurga pada hari Kiamat. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Kabir, Ibn 'Asakir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3497]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.