Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مَنْ أدخلَ على أخيه المسلم فرحاً وسروراً في دار الدُّنيا؛ خلق الله عز وجل منْ ذلك خَلْقَاً يدفعُ به عنه الآفات في الدنيا، فإذا كان يوم القيامة كانَ منه قريباً، فإذا مَرَّ به هَوْلٌ يُفْرِقه قال: لا تَخَفْ. فيقولُ له: مَنْ أنتَ؟ فيقول: أنا الفرحُ - أو السُّرورُ - الذي أَدْخَلْتَهُ على أخيكَ في دارِ الدنيا.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang memasukkan kebahagiaan dan kegembiraan kepada saudara seislamnya di dunia, maka Allah SWT akan menciptakan daripadanya satu makhluk yang akan menyelamatkan dirinya daripada segala penyakit di dunia. Dan apabila hari kiamat kelak, kedudukannya akan dekat dengannya. Apabila dia melalui suatu jalan yang menakutkan yang menyebabkan dia berasa takut, ia (makhluk) berkata: “Jangan takut.” Lalu dia berkata kepadanya: “Siapakah kamu?” Ia berkata: “Aku adalah kebahagiaan - atau kegembiraan - yang kamu masukkannya kepada saudara kamu di dunia.”
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 115, hadis no. 593. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن ابن عباس - رضي الله عنهما-، قال: قال رسول الله - صلى الله عليه وسلم -: من أدخل على أخيه المسلم فرحا وسرورا في دار الدنيا؛ خلق الله عز وجل من ذلك خلقا يدفع به عنه الآفات في الدنيا، فإذا كان يوم القيامة كان منه قريبا، فإذا مر به هول يفرقه قال: لا تخف. فيقول له: من أنت؟ فيقول: أنا الفرح - أو السرور - الذي أدخلته على أخيك في دار الدنيا. [ابن حبان في ((الضعفاء))، عد، ابن الجوزي، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (5693)]
(Munkar) Daripada Ibn Abbas RA, beliau berkata: Rasulullah SAW pernah bersabda: Sesiapa yang memasukkan kebahagiaan dan kegembiraan kepada saudara seislamnya di dunia, maka Allah SWT akan menciptakan daripadanya satu makhluk yang akan menyelamatkan dirinya daripada segala penyakit di dunia. Dan apabila hari kiamat kelak, kedudukannya akan dekat dengannya. Apabila dia melalui suatu jalan yang menakutkan yang menyebabkan dia berasa takut, ia (makhluk) berkata: “Jangan takut.” Lalu dia berkata kepadanya: “Siapakah kamu?” Ia berkata: “Aku adalah kebahagiaan - atau kegembiraan - yang kamu masukkannya kepada saudara kamu di dunia.” [Riwayat Ibn Jamī‘ dalam Mu‘jamnya dan al-Khaṭīb dalam al-Tārīkh. Lihat Silsilah al-Ḍa‘ifah, no.5693]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman