Orang yang mengerjakan haji dan umrah adalah wakil rombongan Allah

TEKS BAHASA ARAB

الحجاج والعمار وفد الله عز وجل يعطيهم ما سألوا ويستجيب لهم ما دعوا ويخلف عليهم ما أنفقوا الدرهم ألف ألف.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Orang yang mengerjakan haji dan umrah adalah wakil rombongan Allah. Allah memberi apa yang mereka minta, memperkenankan apa yang mereka mohon dan doa. Allah menggantikan apa yang telah mereka belanjakan iaitu satu dirham digantikan dengan beribu-ribu dirham.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 906, hadis nombor 4635. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر بهذا التمام) عن أنس بن مالك رضي الله عنه قال: قال صلى الله عليه وسلم: الحجاج والعمار وفد الله عز وجل يعطيهم ما سألوا ويستجيب لهم ما دعوا، ويخلف عليهم ما أنفقوا الدرهم ألف ألف. [هب, الضعيفة (6753)]

(Munkar dengan disebut lafaz ini secara sempurna) Daripada Anas Bin Malik RA, beliau berkata bahawa Nabi SAW bersabda: Orang yang mengerjakan haji dan umrah adalah wakil rombongan Allah. Allah memberi apa yang mereka minta, memperkenankan apa yang mereka mohon dan doa. Allah menggantikan apa yang telah mereka belanjakan iaitu satu dirham digantikan dengan beribu-ribu dirham. [Al-Baihaqi di dalam Syu’ab Al-Iman, Al-Dha’ifah no 6754].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs