Munkar

30/06/2024

minit bacaan



Orang yang mengerjakan haji dan umrah adalah wakil rombongan Allah

Teks Bahasa Arab

الحُجَّاجُ والعُمَّارُ وَفْدُ اللهِ عزَّ وجلَّ يُعطيهم ما سألوا ويَستجيبُ لهم ما دَعَوا ويُخلفُ عليهم ما أنفقوا الدرهمَ ألفَ ألفٍ

Teks Bahasa Melayu

Orang yang mengerjakan haji dan umrah adalah wakil rombongan Allah. Allah memberi apa yang mereka minta, memperkenankan apa yang mereka mohon dan doa. Allah menggantikan apa yang telah mereka belanjakan iaitu satu dirham digantikan dengan beribu-ribu dirham.

Sahabat Perawi

  1. Anas bin Malik RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Munkar

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 906, hadis no. 4635. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر بهذا التمام) عن أنس بن مالك رضي الله عنه قال: قال صلى الله عليه وسلم: الحجاج والعمار وفد الله عز وجل يعطيهم ما سألوا ويستجيب لهم ما دعوا، ويخلف عليهم ما أنفقوا الدرهم ألف ألف. [هب, الضعيفة (6753)]

(Munkar dengan disebut lafaz ini secara sempurna) Daripada Anas Bin Malik RA, beliau berkata bahawa Nabi SAW bersabda: Orang yang mengerjakan haji dan umrah adalah wakil rombongan Allah. Allah memberi apa yang mereka minta, memperkenankan apa yang mereka mohon dan doa. Allah menggantikan apa yang telah mereka belanjakan iaitu satu dirham digantikan dengan beribu-ribu dirham. [Al-Baihaqi di dalam Syu’ab Al-Iman, Al-Dha’ifah no 6754].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.