Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
الآخذُ بالشُّبُهاتِ يستَحلُّ الخمرَ بالنَّبيذِ ، والسُّحتَ بالهديَّةِ ، والبَخسَ بالزَّكاةِ.
Teks Bahasa Melayu
Orang yang mengambil dengan syubhah-syubhah akan menghalalkan arak dengan nabiz, rasuah dengan hadiah, pengurangan harga dengan zakat.
Sahabat Perawi
- Ali RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1989, hadis no. 9959. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن علي بن أبي طالب -رضي الله عنه- مرفوعا: ((الآخذ بالشبهات يستحل الخمر بالنبيذ، والسحت بالهدية، والبخس بالزكاة)). [فر، ((الضعيفة)) (2372)]
(Palsu) Daripada Ali bin Abi Talib RA, secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): “Orang yang mengambil dengan syubhah-syubhah akan menghalalkan arak dengan nabiz, rasuah dengan hadiah, pengurangan harga dengan zakat”. [Riwayat al-Dailami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2372]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman