Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
رُبَّ مُعَلِّمِ حروفِ أَبِي جادٍ دارِسٍ في النجومِ، ليس له عندَ اللهِ خَلَاقٌ يومَ القيامةِ.
Teks Bahasa Melayu
Adakalanya orang yang mengajarkan huruf abjad mempelajari ilmu berkaitan bintang, dia tidak mempunyai kebaikan di sisi Allah pada hari kiamat.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1230, hadis no. 6262. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن ابن عباس رضي الله عنهما مرفوعا: رب معلم حروف أبي جاد دارس فى النجوم، ليس له عند الله خلاق يوم القيامة. [طب، ((الضعيفة)) (417)].
(Palsu) Daripada Ibn 'Abbas RA secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW): Adakalanya orang yang mengajarkan huruf abjad mempelajari ilmu berkaitan bintang, dia tidak mempunyai kebaikan di sisi Allah pada hari kiamat. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 417].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman