Orang yang menentang mereka tidak dapat memudaratkan mereka melainkan mereka menghadapi kesukaran

TEKS BAHASA ARAB

لا تزال طائفة من أمتي على الدين ظاهرين، لعدوهم قاهرين، لا يضرهم من خالفهم؛ إلا ما أصابهم من لأواء؛ حتى يأتيهم أمر الله وهم كذلك. قالوا: يا رسول الله، وأين هم؟ قال: ببيت المقدس، وأكناف بيت المقدس.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Satu kumpulan dalam kalangan umatku akan terus menzahirkan agama ini, mereka mengatasi musuh mereka yang gagah, orang yang menentang mereka tidak dapat memudaratkan mereka melainkan mereka menghadapi kesukaran, hinggalah perintah Allah datang kepada mereka dalam keadaan mereka sedemikian. Mereka bertanya: Wahai Rasulullah, di manakah mereka? Baginda menjawab: Di Baitul Maqdis dan sekitar Baitul Maqdis.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1371, hadis nombor 6985. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر بهذا التمام)
عن أبي أمامة رضي الله عنه، قال: قال رسول الله ﷺ: لا تزال طائفة من أمتي على الدين ظاهرين، لعدوهم قاهرين، لا يضرهم من خالفهم؛ إلا ما أصابهم من لأواء؛ حتى يأتيهم أمر الله وهم كذلك. قالوا: يا رسول الله، وأين هم؟ قال: ببيت المقدس، وأكناف بيت المقدس.
[حم، ((الضعيفة)) (5849)]

(Munkar dengan lafaz lengkap ini)
Daripada Abu Umamah RA, katanya: Rasulullah SAW bersabda: Satu kumpulan dalam kalangan umatku akan terus menzahirkan agama ini, mereka mengatasi musuh mereka yang gagah, orang yang menentang mereka tidak dapat memudaratkan mereka melainkan mereka menghadapi kesukaran, hinggalah perintah Allah datang kepada mereka dalam keadaan mereka sedemikian. Mereka bertanya: Wahai Rasulullah, di manakah mereka? Baginda menjawab: Di Baitul Maqdis dan sekitar Baitul Maqdis.
[Riwayat Ahmad dalam al-Musnad. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5849]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs