Orang yang mendahului kami (dalam melakukan kebaikan) adalah yang mendahului (masuk ke syurga)

TEKS BAHASA ARAB

سابقنا سابق، ومقتصدنا ناج، وظالمنا مغفور له.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Orang yang mendahului kami (dalam melakukan kebaikan) adalah yang mendahului (masuk ke syurga), orang yang sederhana dalam kalangan kami adalah orang yang berjaya dan orang yang zalim dalam kalangan kami adalah orang yang diberikan keampunan.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1470, hadis nombor 7485. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن عمر بن الخطاب – رضي الله عنهما – مرفوعا: ((سابقنا سابق، ومقتصدنا ناج، وظالمنا مغفور له)). [عق، فر، ((الضعيفة)) (3678)]

(Sangat Lemah)
Daripada ‘Umar bin al-Khattab RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Orang yang mendahului kami (dalam melakukan kebaikan) adalah yang mendahului (masuk ke syurga), orang yang sederhana dalam kalangan kami adalah orang yang berjaya dan orang yang zalim dalam kalangan kami adalah orang yang diberikan keampunan.
[Riwayat al-'Uqayli dalam al-Ḍu‘afā’ al-Kabīr, dan al-Daylami dalam al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3678]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.