Sangat lemah

30/06/2024

minit bacaan



Orang yang mendahului kami (dalam melakukan kebaikan) adalah yang mendahului (masuk ke syurga)

Teks Bahasa Arab

سابقُنا سابقٌ، ومقتصدُنا ناجٍ، وظالمُنا مَغفورٌ له.

Teks Bahasa Melayu

Orang yang mendahului kami (dalam melakukan kebaikan) adalah yang mendahului (masuk ke syurga), orang yang sederhana dalam kalangan kami adalah orang yang berjaya dan orang yang zalim dalam kalangan kami adalah orang yang diberikan keampunan.

Sahabat Perawi

  1. Umar bin al-Khattab RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Sangat lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1470, hadis no. 7485. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن عمر بن الخطاب - رضي الله عنهما - مرفوعا: ((سابقنا سابق، ومقتصدنا ناج، وظالمنا مغفور له)). [عق، فر، ((الضعيفة)) (3678)]

(Sangat Lemah) Daripada 'Umar bin al-Khattab RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Orang yang mendahului kami (dalam melakukan kebaikan) adalah yang mendahului (masuk ke syurga), orang yang sederhana dalam kalangan kami adalah orang yang berjaya dan orang yang zalim dalam kalangan kami adalah orang yang diberikan keampunan. [Riwayat al-'Uqayli dalam al-Ḍu‘afā’ al-Kabīr, dan al-Daylami dalam al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3678]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.