Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
السُّبَّقُ ثلاثةٌ: فالسَّابقُ إلى موسَى يوشعُ بنُ نونٍ، والسَّابقُ إلى عيسَى صاحبُ ياسينَ، والسَّابقُ إلى محمدٍ صلَّى اللهُ علَيهِ وسلَّمَ عليُّ بنُ أبي طالبٍ.
Teks Bahasa Melayu
Orang yang mendahului (dalam menyahut seruan) ada tiga: Yang mendahului kepada Musa ialah Yūsha‘ bin Nūn, yang mendahului kepada Isa ialah Ṣāḥib Yāsīn dan yang mendahului kepada Muhammad SAW ialah ‘Alī bin Abī Ṭālib.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1781, hadis no. 8959. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Sangat Lemah) Daripada Ibn ‘Abbās RA secara marfū‘ (disandarkan kepada Nabi SAW): Orang yang mendahului (dalam menyahut seruan) ada tiga: Yang mendahului kepada Musa ialah Yūsha‘ bin Nūn, yang mendahului kepada Isa ialah Ṣāḥib Yāsīn dan yang mendahului kepada Muhammad SAW ialah ‘Alī bin Abī Ṭālib. [Riwayat al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Kabīr. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 358]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman