Orang yang mencintai dunia

TEKS BAHASA ARAB

لو أن عبدا جاء يوم القيامة قد أدى إلى الله عز وجل جميع ما افترض عليه، إلا أنه محب للدنيا، إلا أمر الله له مناديا ينادي به على رؤوس أهل الجمع: ألا إن هذا فلان بن فلان قد أحب ما أبغض الله.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sekiranya seseorang hamba itu datang pada hari kiamat dalam keadaan dia telah menunaikan kepada Allah, semua perkara yang telah difardukan kepadanya, melainkan jika dia adalah orang yang mencintai dunia. Allah akan memerintahkan seorang penyeru menyeru untuknya di hadapan semua makhluk: Ingatlah sesungguhnya fulan bin fulan ini telah mencintai perkara yang paling Allah benci.

STATUS

Batil

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1369, hadis nombor 6975. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(باطل)
عن ابن المنكدر قال: قال رسول الله ﷺ: لو أن عبدا جاء يوم القيامة قد أدى إلى الله عز وجل جميع ما افترض عليه، إلا أنه محب للدنيا، إلا أمر الله له مناديا ينادي به على رؤوس أهل الجمع: ألا إن هذا فلان بن فلان قد أحب ما أبغض الله.
[حل، ((الضعيفة)) (5651)]

(Batil)
Daripada Ibn al-Munkadir, katanya: Rasulullah SAW bersabda: Sekiranya seseorang hamba itu datang pada hari kiamat dalam keadaan dia telah menunaikan kepada Allah, semua perkara yang telah difardukan kepadanya, melainkan jika dia adalah orang yang mencintai dunia. Allah akan memerintahkan seorang penyeru menyeru untuknya di hadapan semua makhluk: Ingatlah sesungguhnya fulan bin fulan ini telah mencintai perkara yang paling Allah benci.
[Riwayat Abu Nu'aim dalam Hilyah al-Awliya'. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5651]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs