Batil
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
لو أنَّ عبدًا جاء يومَ القيامةِ قد أدَّى إلى اللهِ عزَّ وجلَّ جميعَ ما افترضَ عليه، إلا أنَّهُ محبٌّ للدنيا؛ إلا أمر اللهُ له مناديًا ينادي به على رؤوسِ أهلِ الجمعِ: ألا إنَّ هذا فلانُ بنُ فلانٍ قد أحبَّ ما أبغض اللهُ.
Teks Bahasa Melayu
Sekiranya seseorang hamba itu datang pada hari kiamat dalam keadaan dia telah menunaikan kepada Allah, semua perkara yang telah difardukan kepadanya, melainkan jika dia adalah orang yang mencintai dunia. Allah akan memerintahkan seorang penyeru menyeru untuknya di hadapan semua makhluk: Ingatlah sesungguhnya fulan bin fulan ini telah mencintai perkara yang paling Allah benci.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Batil
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1369, hadis no. 6975. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(باطل) عن ابن المنكدر قال: قال رسول الله ﷺ: لو أن عبدا جاء يوم القيامة قد أدى إلى الله عز وجل جميع ما افترض عليه، إلا أنه محب للدنيا، إلا أمر الله له مناديا ينادي به على رؤوس أهل الجمع: ألا إن هذا فلان بن فلان قد أحب ما أبغض الله. [حل، ((الضعيفة)) (5651)]
(Batil) Daripada Ibn al-Munkadir, katanya: Rasulullah SAW bersabda: Sekiranya seseorang hamba itu datang pada hari kiamat dalam keadaan dia telah menunaikan kepada Allah, semua perkara yang telah difardukan kepadanya, melainkan jika dia adalah orang yang mencintai dunia. Allah akan memerintahkan seorang penyeru menyeru untuknya di hadapan semua makhluk: Ingatlah sesungguhnya fulan bin fulan ini telah mencintai perkara yang paling Allah benci. [Riwayat Abu Nu'aim dalam Hilyah al-Awliya'. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5651]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman