Orang yang mencari agama selain agama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya

TEKS BAHASA ARAB

تجيء – وفي لفظٍ: تعرض – الأعمال يوم القيامة، فتجيء الصلاة فتقول: يا رب! أنا الصلاة. فيقول: إنك على خيرٍ. فتجيء الصدقة فتقول: يا رب! أنا الصدقة. فيقول: إنك على خيرٍ. ثم يجيء الصيام فيقول: أي يا رب! أنا الصيام. فيقول: إنك على خير. ثم تجيء الأعمال على ذلك، فيقول الله عز وجل: إنك على خير. ثم يجيء الإسلام فيقول: يا رب! أنت السلام، وأنا الإسلام. فيقول الله عز وجل: إنك على خير، بك اليوم آخذ، وبك أعطي. قال الله عز وجل في كتابه {ومن يبتغ غير الإسلام ديناً فلن يقبل منه، وهو في الآخرة من الخاسرين}.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Didatangkan- dalam lafaz yang lain ‘dibentangkan’- amalan pada hari kiamat, maka datanglah solat dan berkata: Wahai Tuhan! Aku adalah solat. Maka Allah menjawab: Sesungguhnya kamu dalam kebaikan. Kemudian datang sedekah dan ia berkata: Wahai Tuhan! Aku adalah sedekah. Maka jawab Allah: Sesungguhnya kamu dalam kebaikan. Kemudian datang puasa dan ia berkata: Wahai Tuhan! Aku adalah puasa. Maka jawab Allah: Sesungguhnya kamu dalam kebaikan. Kemudian datangnya amalan-amalan lain dalam keadaan seperti itu. Maka Allah menjawab: Sesungguhnya kamu dalam kebaikan. Kemudian datang Islam dan ia berkata: Wahai Tuhan! Engkau adalah al-Salam dan aku adalah Islam. Maka Allah menjawab: Sesungguhnya kamu dalam kebaikan, denganmu pada hari ini Aku memberi seksa dan denganmu juga Aku memberi (pengampunan dan kurniaan). Firman Allah: “Dan sesiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya, dan dia pada hari akhirat kelak termasuk dalam golongan orang-orang yang rugi.” [A'li Imran: 85]

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1529, hadis nombor 7769. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

‌‌(ضعيف) عن أبي هريرة – رضي الله عنه-، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((تجيء – وفي لفظٍ: تعرض – الأعمال يوم القيامة، فتجيء الصلاة فتقول: يا رب! أنا الصلاة. فيقول: إنك على خيرٍ. فتجيء الصدقة فتقول: يا رب! أنا الصدقة. فيقول: إنك على خيرٍ. ثم يجيء الصيام فيقول: أي يا رب! أنا الصيام. فيقول: إنك على خير. ثم تجيء الأعمال على ذلك، فيقول الله عز وجل: إنك على خير. ثم يجيء الإسلام فيقول: يا رب! أنت السلام، وأنا الإسلام. فيقول الله عز وجل: إنك على خير، بك اليوم آخذ، وبك أعطي. قال الله عز وجل في كتابه {ومن يبتغ غير الإسلام ديناً فلن يقبل منه، وهو في الآخرة من الخاسرين})). [حم، ع، طس، ((الضعيفة)) (5780)].

(Lemah)
Daripada Abu Hurairah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Didatangkan- dalam lafaz yang lain ‘dibentangkan’- amalan pada hari kiamat, maka datanglah solat dan berkata: Wahai Tuhan! Aku adalah solat. Maka Allah menjawab: Sesungguhnya kamu dalam kebaikan. Kemudian datang sedekah dan ia berkata: Wahai Tuhan! Aku adalah sedekah. Maka jawab Allah: Sesungguhnya kamu dalam kebaikan. Kemudian datang puasa dan ia berkata: Wahai Tuhan! Aku adalah puasa. Maka jawab Allah: Sesungguhnya kamu dalam kebaikan. Kemudian datangnya amalan-amalan lain dalam keadaan seperti itu. Maka Allah menjawab: Sesungguhnya kamu dalam kebaikan. Kemudian datang Islam dan ia berkata: Wahai Tuhan! Engkau adalah al-Salam dan aku adalah Islam. Maka Allah menjawab: Sesungguhnya kamu dalam kebaikan, denganmu pada hari ini Aku memberi seksa dan denganmu juga Aku memberi (pengampunan dan kurniaan). Firman Allah: “Dan sesiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya, dan dia pada hari akhirat kelak termasuk dalam golongan orang-orang yang rugi.” [A'li Imran: 85] [Riwayat Aḥmad bin Ḥanbal dalam Musnad, Abu Ya’la dalam Musnad, al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Awsaṭ. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5780]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs