Munkar

30/06/2024

minit bacaan



Orang yang mempunyai ramai anak tidak akan pernah berjaya

Teks Bahasa Arab

حَدِيث: مَا أَفْلح صَاحب عِيَال قطّ.

Teks Bahasa Melayu

Hadis: Orang yang mempunyai ramai anak tidak akan pernah berjaya.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H)

Status

Munkar

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 156, hadis no. 461. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

قال ابن عدي هو عن النبي صلى الله عليه وسلم منكر، وإنما هو من كلام ابن عيينة.

Ibn 'Adi berkata: Ia daripada Nabi SAW adalah munkar. Sebetulnya ia daripada ucapan Ibn 'Uyainah.

Rujukan

Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.