Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
ذُو السُّلطَانِ وذُو العِلمِ أحقُّ بِشَرَفِ المجلسِ.
Teks Bahasa Melayu
Orang yang mempunyai kekuasaan dan ilmu lebih berhak mendapat kemuliaan dalam suatu majlis.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 837, hadis no. 4290. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أبي هريرة -رضي الله عنه- مرفوعا: ((ذو السلطان وذو العلم أحق بشرف المجلس)). [فر، ((الضعيفة)) (3626)]
(Lemah) Daripada Abū Hurairah RA secara marfū’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Orang yang mempunyai kekuasaan dan ilmu lebih berhak mendapat kemuliaan dalam suatu majlis. [Riwayat al-Dailami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 3626]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman