Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
ذو الدرهمينِ أشدُّ حسابًا من ذي الدِّرهمِ، وذو الدينارينِ أشدُّ حسابًا من ذي الدِّينارِ.
Teks Bahasa Melayu
Orang yang mempunyai dua dirham lebih dahsyat dihisab dari orang yang mempunyai satu dirham, orang yang mempunyai dua dinar lebih dahsyat hisabnya dari orang yang hanya mempunyai satu dinar.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 879, hadis no. 4506. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن أبي هريرة -رضي الله عنه- مرفوعا: (ذو الدرهمين أشد حسابا من ذي الدرهم، وذو الدينارين أشد حسابا من ذي الدينار). [فر، ((الضعيفة)) (3625)]
(Palsu) Daripada Abu Hurairah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Orang yang mempunyai dua dirham lebih dahsyat dihisab dari orang yang mempunyai satu dirham, orang yang mempunyai dua dinar lebih dahsyat hisabnya dari orang yang hanya mempunyai satu dinar. [Riwayat al-Dailami dalam al-Firdaus. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 3625]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman