Orang yang mempunyai ahli keluarga yang ramai sekali-kali tidak akan berjaya

TEKS BAHASA ARAB

ما أفلح صاحب عيال قط.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Orang yang mempunyai ahli keluarga yang ramai sekali-kali tidak akan berjaya.

STATUS

Batil

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 921, hadis nombor 4723. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(باطل)
عن عائشة -رضي الله عنها- مرفوعا: ((ما أفلح صاحب عيال قط)).
[عد، السهمي، ابن الجوزي، ((الضعيفة)) (1380)].

(Batil)
Diriwayatkan daripada ‘Aishah RA secara marfu’ (disandarkan kepada NAbi SAW): Orang yang mempunyai ahli keluarga yang ramai sekali-kali tidak akan berjaya.
[Riwayat Ibn ‘Adi dalam al-Kamil fi al-Du’afaa, al-Sahmiyy dalam Tarikh Jurjan, dan Ibn al-Jawzi dalam al-Mawdu’at. Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 1380].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.