Batil
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مَا أفلَحَ صَاحبُ عيالٍ قط.
Teks Bahasa Melayu
Orang yang mempunyai ahli keluarga yang ramai sekali-kali tidak akan berjaya.
Sahabat Perawi
- ‘Aishah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Batil
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 921, hadis no. 4723. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(باطل) عن عائشة -رضي الله عنها- مرفوعا: ما أفلح صاحب عيال قط. [عد، السهمي، ابن الجوزي، الضعيفة (1380)].
(Batil) Diriwayatkan daripada ‘Aishah RA secara marfu’ (disandarkan kepada NAbi SAW): Orang yang mempunyai ahli keluarga yang ramai sekali-kali tidak akan berjaya. [Riwayat Ibn ‘Adi dalam al-Kamil fi al-Du’afaa, al-Sahmiyy dalam Tarikh Jurjan, dan Ibn al-Jawzi dalam al-Mawdu’at. Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 1380].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman