Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
ذُو السُلطَانِ وذو العلمِ أَحَقُّ بِشَرَفِ المَجلسِ.
Teks Bahasa Melayu
Orang yang memiliki kekuasaan dan orang yang memiliki ilmu lebih berhak mendapat penghormatan dalam dewan.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1266, hadis no. 6473. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أبي هريرة رضي الله عنه مرفوعا: ذو السلطان وذو العلم أحق بشرف المجلس. [فر، ((الضعيفة)) (3626)].
(Lemah) Daripada Abu Hurairah RA secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW): Orang yang memiliki kekuasaan dan orang yang memiliki ilmu lebih berhak mendapat penghormatan dalam dewan. [Riwayat al-Daylami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3626]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman