Orang yang memberi rasuah dan menerima rasuah di neraka

TEKS BAHASA ARAB

الراشي ‌والمرتشي في النار.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Orang yang memberi rasuah dan menerima rasuah di neraka.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 700, hadis nombor 3590. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن عبد الله بن عمرو وعبد الرحمن بن عوف ورجل من المهاجرين قالوا: قال صلى الله عليه وسلم: ‌((الراشي ‌والمرتشي في النار)). [طس، طص، الطبراني في ((الدعاء))، البزار، أحمد بن منيع في ((مسنده))، ((الضعيفة)) (٦٨٦٩)]

(Munkar) Daripada ‘Abdullah bin ‘Amr dan ‘Abd al-Raḥmān bin ‘Auf serta seorang lelaki daripada kalangan Muhajirin, mereka berkata: Rasulullah SAW bersabda: Orang yang memberi rasuah dan menerima rasuah di neraka. [Riwayat al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Awsaṭ dan al-Mu‘jam al-Ṣaghīr serta al-Du‘ā’, al-Bazzār dalam Musnadnya, Aḥmad bin Manī‘ dalam Musnadnya. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6869]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs