Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
الرَّاشِي والمُرتَشِي في النارِ.
Teks Bahasa Melayu
Orang yang memberi rasuah dan menerima rasuah di neraka.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin ‘Amr bin al-‘As
- Abdurrahman bin Auf RA
- seorang lelaki Muhajirin
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 700, hadis no. 3590. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن عبد الله بن عمرو وعبد الرحمن بن عوف ورجل من المهاجرين قالوا: قال صلى الله عليه وسلم: ((الراشي والمرتشي في النار)). [طس، طص، الطبراني في ((الدعاء))، البزار، أحمد بن منيع في ((مسنده))، ((الضعيفة)) (٦٨٦٩)]
(Munkar) Daripada ‘Abdullah bin ‘Amr dan ‘Abd al-Raḥmān bin ‘Auf serta seorang lelaki daripada kalangan Muhajirin, mereka berkata: Rasulullah SAW bersabda: Orang yang memberi rasuah dan menerima rasuah di neraka. [Riwayat al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Awsaṭ dan al-Mu‘jam al-Ṣaghīr serta al-Du‘ā’, al-Bazzār dalam Musnadnya, Aḥmad bin Manī‘ dalam Musnadnya. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6869]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman