TEKS BAHASA ARAB
الراشي والمرتشي في النار.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Orang yang memberi dan menerima rasuah akan berada di dalam neraka.
STATUS
Munkar
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 823, hadis nombor 4233. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن عبد الله بن عمرو، وعبد الرحمن بن عوف، ورجل من المهاجرين قالوا: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((الراشي والمرتشي في النار)).
[طس، طص، الطبراني في ((الدعاء))، البزار، ((الضعيفة)) (6869)]
(Munkar) Daripada Abdullah bin Amru dan Abd al-Rahman bin Auf serta seorang lelaki dari Muhajirin berkata: Rasulullah SAW bersabda: Orang yang memberi dan menerima rasuah akan berada di dalam neraka.
[Riwayat al-Tabarani dalam Mu’jam al-Awsat dan Mu’jam al-Saghir, al-Tabarani dalam al-Dua’ dan al-Bazzar dalam al-Musnad. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6869]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.