Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
الرَّاشي والمُرتَشي في النَّارِ.
Teks Bahasa Melayu
Orang yang memberi dan menerima rasuah akan berada di dalam neraka.
Sahabat Perawi
- Abd al-Rahman bin Auf
- Abdullah bin ‘Amr bin al-‘As
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 823, hadis no. 4233. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن عبد الله بن عمرو، وعبد الرحمن بن عوف، ورجل من المهاجرين قالوا: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((الراشي والمرتشي في النار)). [طس، طص، الطبراني في ((الدعاء))، البزار، ((الضعيفة)) (6869)]
(Munkar) Daripada Abdullah bin Amru dan Abd al-Rahman bin Auf serta seorang lelaki dari Muhajirin berkata: Rasulullah SAW bersabda: Orang yang memberi dan menerima rasuah akan berada di dalam neraka. [Riwayat al-Tabarani dalam Mu’jam al-Awsat dan Mu’jam al-Saghir, al-Tabarani dalam al-Dua’ dan al-Bazzar dalam al-Musnad. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6869]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman