Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أَبْشِرْ فإنَّ الجالِبَ إلى سُوقِنا كالمجاهدِ في سبيلِ اللهِ، والمُحْتَكِرَ في سُوقِنا كالمُلحِدِ في كتابِ اللهِ.
Teks Bahasa Melayu
Bergembiralah, kerana sesungguhnya orang yang membawa (makanan atau keperluan untuk dijual) ke pasar kami adalah seperti orang yang berjihad di jalan Allah. Manakala orang yang menyembunyikan (barangan keperluan) di pasar kami adalah seperti orang yang tidak percaya dengan kitab Allah.
Sahabat Perawi
- Ilyasa’ bin al-Mughirah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 594, hadis no. 3062.
(منكر) عن اليسع بن المغيرة –رضي الله عنه– قال: مر رسول الله صلى الله عليه وسلم برجل بالسوق يبيع طعاما بسعر هو أرخص من سعر السوق، فقال: تبيع في سوقنا بسعر هو أرخص من سعرنا؟ قال: نعم. قال: صبرا واحتسابا؟ قال: نعم. قال: ((أبشر فإن الجالب إلى سوقنا كالمجاهد في سبيل الله، والمحتكر في سوقنا كالملحد في كتاب الله)). [ك، ((الضعيفة)) (1298)].
(Munkar) Daripada Ilyasa’ bin al-Mughirah RA berkata: “Rasulullah SAW melintasi seorang lelaki di sebuah pasar yang menjual makanan dengan harga yang lebih murah daripada harga pasaran, lalu baginda bertanya: ((Kamu menjual di pasar kami dengan harga yang lebih murah daripada harga kami?)) Dia menjawab: “Ya.” Baginda bertanya lagi: ((Dengan sabar dan mengharapkan (pahala)?)) Dia menjawab: “Ya.” Baginda pun bersabda: ((Bergembiralah, kerana sesungguhnya orang yang membawa (makanan atau keperluan untuk dijual) ke pasar kami adalah seperti orang yang berjihad di jalan Allah. Manakala orang yang menyembunyikan (barangan keperluan) di pasar kami adalah seperti orang yang tidak percaya dengan kitab Allah)). [Diriwayatkan oleh al-Hakim dalam al-Mustadrak. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 1298].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman