TEKS BAHASA ARAB
حملة القرآن أولياء الله، فمن عاداهم فقد عادى الله، و من والاهم فقد والى الله.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Orang yang membawa al-Qur’an (dalam dadanya) adalah wali-wali Allah. Oleh itu, sesiapa yang memusuhi mereka, maka dia telah memusuhi Allah dan sesiapa yang membela mereka maka dia telah membela Allah.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1403, hadis nombor 7108. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع)
عن ابن عمر رضي الله عنهما مرفوعا: حملة القرآن أولياء الله، فمن عاداهم فقد عادى الله، و من والاهم فقد والى الله.
[فر، ((الضعيفة)) (224)]
(Palsu)
Daripada Ibn ‘Umar secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Orang yang membawa al-Qur’an (dalam dadanya) adalah wali-wali Allah. Oleh itu, sesiapa yang memusuhi mereka, maka dia telah memusuhi Allah dan sesiapa yang membela mereka maka dia telah membela Allah.
[Riwayat al-Daylami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 224]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.