Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
حَمَلةُ القرآنِ أولياءُ اللهِ ، فمَن عاداهم فقد عادَى اللهَ ، و مَن والَاهُم فقد والَى اللهَ.
Teks Bahasa Melayu
Orang yang membawa al-Qur'an (dalam dadanya) adalah wali-wali Allah. Oleh itu, sesiapa yang memusuhi mereka, maka dia telah memusuhi Allah dan sesiapa yang membela mereka maka dia telah membela Allah.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Umar RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1403, hadis no. 7108. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن ابن عمر رضي الله عنهما مرفوعا: حملة القرآن أولياء الله، فمن عاداهم فقد عادى الله، و من والاهم فقد والى الله. [فر، ((الضعيفة)) (224)]
(Palsu) Daripada Ibn 'Umar secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW): Orang yang membawa al-Qur'an (dalam dadanya) adalah wali-wali Allah. Oleh itu, sesiapa yang memusuhi mereka, maka dia telah memusuhi Allah dan sesiapa yang membela mereka maka dia telah membela Allah. [Riwayat al-Daylami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 224]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman